Wednesday, 11 May 2011

Inilah antara budgieku. Spesis berasal dari Australia. Nama lain bagi spesis ini - Parkit, shell.
       Jangka hayatnya 8 - 10 tahun. Untuk memastikan hayat budgi anda panjang,  sangkar mestilah bersih, sangkar dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali, pemakanan sihat - bijirin, sayuran ( kangkung ), roti
Spesis ini bertelur selepas 10 hari mengawan. Jarak masa bertelur berturutan atau selang beberapa hari. Telur menetas selepas 18 - 21 hari mengeram.
Bagaimana Mengesan Jantina

1. Budgie jantan mempunyai cere berwarna biru. Budgie betina cerenya berwarna coklat. Bagi bdgie Albino - putih dan kuning, petua ini tidak sesuai. Petua ini juga tidak sesuai bagi budgi terlalu muda. Keadaan ini dapat dilihat selepas berumur 3 atau 4 bulan.
2. Budgie betina lebih agresif, mengigit bila dipegang.
 Matang  
Budgie akan menjadi mantang selepas 3 atau 4 bulan. Namun budgie lebih matang bila usia 12 bulan.

No comments:

Post a Comment