Saturday 14 May 2011

Burung Tiung ku

Dah lame aku berminat dengan burung tiung ni.. pantang jumpa kedai haiwan aku bertanyakan tentang burung ni... spesis memang banyak kat kedai haiwan.. harganya ade yang RM 400 ade sehingga RM 1000. Aku bertanyakan kat member2 kot-kot ade yang nak jual burung ni..., Hari ini aku balik dari  aktiviti tahunan KRT Peringkat Negeri Kelantan di Pasir.Mas, bapa saudaraku telefon dah dapatkan seekor tiung muda.. Harga RM 200. Maka nak tak aku terpaksalah memeliharanya.. kerana dia membeli khusus untuk aku,,, maka bertambahlah satu lagi spesis burung  dirumahku.

Jom Kongsi Maklumat

Elakkan tiung  makan buah-buahan yang sangat masam (tinggi vitamin C). Ini akan meningkatkan penyerapan zat besi , peningkatan  zat besi  banyak di hati, menyebabkan hemochromatosis. Jadi jangan makan buah-buahan dan sayur-sayuran beo yang tinggi vitamin C. Contohnya Jeruk, lemon, jeruk, nanas, limau, tomato, avokado, tembikai, aprikot adalah beberapa untuk mengelakkan. 
Beberapa pilihan terbaik untuk tiung buah segar termasuk epal, anggur, , blueberry, dan pisang
Sayuran yang sesuai ialah bunga kubis. lobak - pastikan lobak dihiris kecil-kecil

Kerana tiung jenis pemalu, burung sensitif, rawatan perlu dilakukan untuk mencari kandang mereka di daerah yang tenang yang memberi mereka kebebesan. Namun, tenang bukan bererti terpencil. Kedudukan kandang harus memungkinkan burung untuk mengamati aktiviti keluarga dan interaksi dengan sahabat manusia sepanjang hari. Kerana tiung mudah meniru , kandang mereka harus  yang lebih mudah dibersihkan, lebih baik yang tidak mempunyai karpet. Kawasan yang terkena sinar matahari langsung atau naskah tidak boleh digunakan untuk kandang, dan tidak seharusnya kandang yang pernah berada di atau dekat dapur, kerana asap dari memasak boleh menyebabkan serius. Mynahs tidak membiarkan sejuk baik, sangkar harus terletak dalam suhu turun di bawah 60 darjah Fahrenheit di musim sejuk

 

Wednesday 11 May 2011

Inilah antara budgieku. Spesis berasal dari Australia. Nama lain bagi spesis ini - Parkit, shell.
       Jangka hayatnya 8 - 10 tahun. Untuk memastikan hayat budgi anda panjang,  sangkar mestilah bersih, sangkar dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali, pemakanan sihat - bijirin, sayuran ( kangkung ), roti
Spesis ini bertelur selepas 10 hari mengawan. Jarak masa bertelur berturutan atau selang beberapa hari. Telur menetas selepas 18 - 21 hari mengeram.
Bagaimana Mengesan Jantina

1. Budgie jantan mempunyai cere berwarna biru. Budgie betina cerenya berwarna coklat. Bagi bdgie Albino - putih dan kuning, petua ini tidak sesuai. Petua ini juga tidak sesuai bagi budgi terlalu muda. Keadaan ini dapat dilihat selepas berumur 3 atau 4 bulan.
2. Budgie betina lebih agresif, mengigit bila dipegang.
 Matang  
Budgie akan menjadi mantang selepas 3 atau 4 bulan. Namun budgie lebih matang bila usia 12 bulan.